BOLKIAH GARRISON, Monday 15 August 2011 – In enlighting the holy month of Ramadhan, the Women Personnel of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has organised a religious talk on Ramadhan for Women Personnel in Bolkiah Garison held at the Ministry of Defence Surau.
The event ended with the presentation of souvenir from the guest of honour to the invited speaker followed by the recital of closing ‘Doa’ by Ustazah Pg Hjh Saadiah binti Pg Hj Mahmud.




Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan tahun ini, Askar Wanita Angkatan
Bersenjata Di-raja Brunei (ABDB) telah menganjurkan ceramah mengenai
‘Ramadhan’ bagi Askar Wanita Bolkiah Garison yang bertempat di Surau
Kementerian Pertahanan.
Turut hadir ke majilis tersebut ialah
tetamu kehormat majlis , Pegawai Pemerintah Logistik Tentera Udara
Diraja Brunei iaitu Lt Kol Hjh Wan Shahlimar binti Hj Suhaili. Ceramah
yang bertajuk ‘Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka’ telah
disampaikan oleh penceramah undangan daripada Jabatan Hal Ehwal Ugama
Brunei iaitu Ustazah Hjh Rogayah bte Begawan Pehin Khatib Hj Abd Wahid.
Ceramah
tersebut meliputi segala aspek tentang kebaikan bulan Ramadhan yang
merangkumi ibadah di bulan yang mulia ini serta permasalahan yang timbul
ketika berpuasa. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menambahkan
ilmu tentang ibadah dan pengertian bulan Ramadhan dan pada masa yang
sama memberikan peluang bagi Askar wanita untuk mengajukan soalan-soalan
berkenaan dengan tajuk ceramah tersebut.
Majlis diakhiri dengan
pemberian cenderahati oleh tetamu kehormat kepada penceramah undangan
dan bacaan Doa Penutup daripada Ustazah Pg Hjh Sa’adiah binti Pg Hj
Mahmud.