BOLKIAH GARRISON, Monday, 29 April 2019 – The Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) successfully conducted a Tahsinul Fikrah Workshop for senior officers today at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present at the workshop was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Services Commanders, Commandants, directors, and senior officers from the RBAF.
The workshop led by JAMA’AT officers taught the etiquette and rituals of proper handling of the bodies of the deceased. The objective of this workshop was to share the knowledge with senior officers of the RBAF in the implementation of Fardhu Kifayah.



ANJURAN BENGKEL TAHSINUL FIKRAH
BOLKIAH GARISON, Isnin, 29 April 2019 – BengkelTahsinul Fikrah (Penyempurnaan Jenazah) Bagi Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) anjuran Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan pagi ini di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir pada bengkel tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di bengkel tersebut ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, Komandan-komandan Angkatan Tentera, pengarah-pengarah tentera dan pegawai-pegawai kanan ABDB.
Antara pengisian bengkel tersebut ialah mengenai tatacara pengurusan jenazah iaitu memandikan dan mengkafankan jenazah. Adapun objektif bengkel ini dilaksanakan adalah sebagai perkongsian ilmu dan kemahiran bersama pegawai-pegawai kanan ABDB dalam melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah tersebut.