BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 6 September 2018 –His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to award the “Sultan’s Scholar” Scholarship of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah for 2018/2019 to three outstanding students. The ceremony took place at the Istana Nurul Iman.
This year, a student received the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation “Sultan’s Scholar” Scholarship Award for 2018/2019 study session, while two students received the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation “Sultan’s Scholar” Scholarship Award for their post-graduate studies. They are:
• Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa who will pursue his studies in Arabic Language at Al-Azhar University, Egypt.
• Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman who will further his studies to ‘Doctor of Philosophy’ (PhD) in Chemistry Research at Imperial College London, United Kingdom.
• Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd Nor who will seek further studies to Bachelor degree in Architecture – Royal Institute of British Architects (RIBA) at the Architectural Association School of Architecture, United Kingdom.
Following the award ceremony, the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation held a Signing and Blessing Ceremony for the recipients of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation “Sultan’s Scholar” Scholarship Award for the 2018/2019 at the Yayasan Building Complex, Bandar Seri Begawan.
Present as guest of honour at this event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, also Chairman of the Board, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation.
The event started with a mass reading of Surah Al-Fatihah led by Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Mosque Affairs Officer at the Kampung Pintu Malim Mosque. The programme followed with a welcoming speech from Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Managing Director of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation.
The event continued with signing a scholarship acceptance agreement for the three recipients, followed by the presentation of incentives from Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation to two Sultan’s Scholar scholarship recipients of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation who have earned excellent results in their studies with First Class Honors. They are Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman – First Class (Hons) MChem in Chemistry at University of Oxford, United Kingdom and Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhammad Nuraiziz – First Class (Hons) BSc Natural Sciences at College London University, United Kingdom. The presentation of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation incentive was officiated by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, also Chairman of the Board, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation.
The afternoon ceremony later proceeded with a prayer to seek special blessings for the recipients of the “Sultan’s Scholar” scholarship of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation who will depart from Brunei Darussalam at the end of September.
Also present at this event were Deputy Chairman and Board Members of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation, Members of the Sultan’s Scholar Foundation Scholarship Scheme Committee, Members of the Sultan’s Scholar Scholarship Scheme Committee Members, parents and family members of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation “Sultan’s Scholar” scholarship award, officials and staff of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation.


PENGANUGERAHAN BIASISWA “SULTAN’S SCHOLAR” YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 September 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan Penganugerahan Biasiswa ‘Sultan’s Scholar’ Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian 2018 / 2019 kepada kepada tiga pelajar cemerlang. Majlis Penganugerahan Biasiswa ‘Sultan’s Scholar’ YSHHB diadakan di Istana Nurul Iman.
Pada tahun ini, seorang penuntut menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2018/2019, manakala dua orang penuntut menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi meninggikan tahap pengajian. Mereka ialah:
• Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.
• Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman yang akan meninggikan tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang “Chemistry Research” di Imperial College London, United Kingdom.
• Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd Nor yang akan meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Architecture – Royal Institute of British Architects (RIBA) di Architectural Association School of Architecture, United Kingdom.
Berikutan Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2018/2019 bertempat di Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Pintu Malim. Atur cara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Acara Majlis diteruskan dengan menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa bagi ketiga-tiga penerima tersebut. Majlis diikuti dengan penyampaian insentif daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada dua orang penerima biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian dengan mendapat Kepujian Kelas Pertama. Mereka ialah Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman – Kepujian Kelas Pertama First Class (Hons) MChem in Chemistry di University of Oxford, United Kingdom dan Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhammad Nuraiziz – Kepujian Kelas Pertama First Class (Hons) BSc Natural Sciences di University College London, United Kingdom. Penyampaian insentif Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis pada petang ini diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada akhir bulan September ini.
Turut hadir di majlis ini ialah sebahagian Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan, para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.