BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 3 November 2015 – The Royal Brunei Navy (RBN) Band and the Seventh Fleet Band of the US Navy held a live band performances in Times Square, Berakas.
The band’s performances are part of a community service program in conjunction with the 21st Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise.
Live band performances featuring a total of 23 members led by Lieutenant Noor Azhar bin Thani as Head of the RBN Band, while the Seventh Fleet Band was led by Chief Musician, Jose Acosta.
The presentation is divided in three parts which begins with RBN band, followed by the Seventh Fleet Band and finally combination performance from both band.
As part of a community service program, a joint band performance will be held at SMARTER Brunei and at the International School Brunei (ISB).
And the final band performance will be held on 6 November at Jerudong Park Playground.




GABUNGAN PANCARAGAM TLDB DAN US NAVY HIBURKAN PENGUNJUNG DI TIME SQUARE
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 November 2015 – Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat mengadakan persembahan pencaragam di Times Square, Berakas, di sini.
Persembahan pancaragam merupakan sebahagian dari program khidmat kemasyarakatan sempena Latihan Kerjasama Kesiapsiagaan di Perairan (CARAT) Ke-21.
Persembahan pencaragam yang menampilkan seramai 23 anggota tentera pancaragam gabungan itu diketuai oleh Leftenan Noor Azhar bin Haji Thani selaku Ketua Pancaragam TLDB, sementara pasukan Pancaragam Seventh Fleet Band diketuai oleh Chief Musician, Jose Acosta.
Persembahan yang dibahagikan pada tiga bahagian bermula dengan persembahan dari Pancaragam TLDB, persembahan pancaragam dari Seventh Fleet Band dan seterusnya persembahan gabungan kedua-dua kumpulan pancaragam.
Sebagai sebahagian dari program khidmat kemasyarakatan, pasukan gabungan pancaragam ini juga akan mengadakan beberapa persembahan muzik di SMARTER Brunei dan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
Manakala pada 6 November, mereka akan membuat persembahan muzik di Kawasan Taman Permainan Jerudong.