BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 3 October 2018 – The Royal Brunei Navy (RBN) Team emerged as champions of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football League 2018 after defeating Ministry of Defence (MINDEF) Team 2 – 1 at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison.

Present to handover the prizes was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Acting Commander of RBAF.

Other notable mentions included 10451 WO1 Alijanda bin Sitom from MINDEF Team who won Best Goalkeeper for the League; 52297 Ordinary Rate (OD) Ak Mohd Junmatatul bin Pg Metali, RBN from RBN Team who was awarded the Top Scorer Award, and 15075 Petty Officer (PO) Jumaidi bin Haji Jumat, RBN from RBN Team who received the Best Player Award.

This year’s event was organised by Training Institute RBAF and is aimed to encourage healthy sportsmanship among RBAF personnel. The League started on the 12 September 2018 comprising 5 teams: Royal Brunei Land Force Team, Royal Brunei Navy Team, Royal Brunei Air Force Team, Training Institute RBAF Team and Ministry of Defence Team.














PASUKAN TLDB MUNCUL JUARA LIGA BOLA SEPAK PERINGKAT ABDB TAHUN 2018

BOLKIAH GARISON, Rabu, 3 Oktober 2018 – Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) muncul sebagai juara Liga Bolasepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2018 setelah menewaskan Pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan jaringan 2 – 1 dalam perlawanan yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.

Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah ABDB.

Antaral ain yang diberikan anugerah ialah 10451 PW1 Alijanda bin Sitom dari Pasukan KEMENTAH bagi Anugerah Penjaga Gawang Terbaik; 52297 Laskar (Ls) Ak Mohd Junmatatul bin Pg Metali, TLDB dari Pasukan TLDB yang menang Penjaring Terbanyak Liga; dan 15075 Bintara (Bint) Jumaidi bin Haji Jumat, TLDB dari Pasukan TLDB menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga.

Kejohanan dikendalikan oleh Institut Latihan ABDB dan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan anggota-anggota ABDB. Kejohanan Liga tersebut telah bermula pada 12 September 2018 dan disertai oleh 5 pasukan iaitu: Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei, Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei, Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei, Pasukan Institut Latihan ABDB dan Pasukan Kementerian Pertahanan.