MUARA, Friday 27 January 2017 – A Royal Brunei Navy Personnel, Ordinary Rate Andy bin Jalan, RBN, has embraced Islam as his new faith.  OD Andy bin Jalan, RBN, recited the ‘Dua Kalimah Syahadah’ in a conversion ceremony today held at the Surau Al-Huda at the RBN Base in Muara.

The ceremony began with the recitation of verses from the Al-Quran followed by the recitation of the Syahadah by 19892 OD Andy bin Jalan, RBN conducted by officers from the Islamic and Conversion Guidance Unit, Islamic Dakwah Centre. Highlighting the ceremony was a dikir marhaban and presentation of souvenir to the new convert.

OD Andy bin Jalan, RBN, is the first RBAF personnel to embrace Islam this year. Since 2006, the 106 RBAF personnel has converted to Islam.

Among those present at this ceremony were First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Commander of RBN as the guest of honour; Director of Personnel, Ministry of Defence, Deputy Commander RBN, senior officers of the RBAF, officers from the Brunei Muara Islamic Dakwah Centre as well as family members.

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG ANGGOTA TLDB

MUARA, Jumaat 27 Januari 2017 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei, Laskar Andy bin Jalan, TLDB, telah memeluk Islam sebagai agama barunya. Ls Andy bin Jalan, TLDB, melafazkan ‘Dua Kalimah Syahadah’ dalam satu majlis pengislaman hari ini yang diadakan di Surau Al-Huda di Pangkalan TLDB di Muara.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan lafaz syahadah oleh Ls Andy bin Jalan, RBN, yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Dakwah Islamiah. Majlis diserikan dengan dikir marhaban dikir dan penyampaian cenderamata kepada saudara baru.

Ls Andy bin Jalan, TLDB, merupakan anggota ABDB yang pertama memeluk Islam bagi tahun ini dan yang ke-106 sejak tahun 2006.

Antara yang hadir pada majlis ini adalah Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB sebagai tetamu kehormat; Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, Timbalan Pemerintah TLDB, pegawai-pegawai kanan ABDB, pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah Brunei Muara serta ahli-ahli keluarga.