BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 28 February 2020 – The Combat Engineer Squadron (CES), Royal Brunei Land Force (RBLF) has been deployed to provide support to Kampung Bendahara Lama that was affected by fire in the early morning of 8 January 2020 which destroyed houses and affected a number of families. The fire also badly affected the condition of the wooden walkway that the villagers use for their daily routine.

The current condition of the wooden walkway raised a safety concern to the locals for their daily use especially for their children who live in the vicinity of the area and it was also often used by tourists. In response to the situation, CES RBLF was deployed to resolve the issue in the affected area by proving support to ease the villagers’ concerns.

This charitable support was centred mainly on repairing the current wooden walkway by replacing the materials to enhance the stability and safety of the walkway for the community. It is estimated to be completed within 2 weeks and is currently on-going since the 28th February 2020.

Carrying out Community Services is part of RBAF’s social responsibilities.  It is also aligned with one of the roles of the RBLF, which is to conduct ‘Hearts and Minds’ Projects and charity works, in its effort to foster and strengthen RBLF’s relationship with the local community.


BANTUAN KEMASYRAKATAN TDDB DI KAMPUNG BENDAHARA LAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Februari 2020 – Skuadron Jurutera Tempur (SJT), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah memberi bantuan kepada Kampung Bendahara Lama yang terjejas oleh bencana kebakaran pada awal pagi 8 Januari 2020 yang memusnahkan beberapa buah rumah dan menjejaskan sebilangan keluarga. Kebakaran tersebut telah merosakkan dan menjejaskan keadaan laluan titian kayu yang digunakan oleh penduduk kampung bagi rutin harian mereka.

Keadaan laluan titian kayu amat menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk setempat dalam penggunaan hariannya, terutama sekali bagi anak-anak mereka yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dan juga bagi pelancong asing.

Sebagai respon, SJT TDDB telah ditugaskan untuk memberikan bantuan sewajarnya untuk meringankan kebimbangan penduduk kampung di kawasan yang terjejas.

Bantuan amal ini tertumpu kepada membaik pulih laluan titian kayu yang rosak dengan bahan bina yang baru untuk meningkatkan kestabilan dan keselamatan laluan titian kayu tersebut untuk orang ramai. Ianya dianggarkan akan selesai dalam masa 2 minggu dan kini sedang berjalan sejak 28 Februari 2020.

Menjalankan Bantuan Kemasyarakatan merupakan salah satu tanggungjawab sosial ABDB dan juga salah satu peranan TDDB, iaitu mengendalikan Projek ‘Hearts and Minds’ dan kerja-kerja amal dalam usahanya untuk memupuk dan mengukuhkan hubungan bersama dengan masyarakat tempatan.