PENANJONG GARISON, Thursday 15 May 2014 – The Royal Brunei Air Force grabbed the Royal Brunei Armed Forces Final Volleyball Championship for 2014 trophy yesterday, winning three sets straight. The final match witnessed a competition between the Royal Brunei Land Forces team and the Royal Brunei Air Force.
The runner up went to the Royal Brunei Land Forces and third place was taken by the Royal Brunei Navy.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Awang Mohd Tawih bin Abdullah as the guest of honor presented the prize to the winners of the match.
The RBAF volleyball final was held at Gymnasium of the RBAF Training Institute. The tournament was organised by the RBAF Training Institute. The tournament began on May 12 and May 13, 2014 accompanied by 5 team consisted of the Ministry of Defence, Royal Brunei Land Forces, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force and Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces.
The objective of the championship tournament is as one of RBAF annual sports tournament. In addition, the purpose of the tournament is to grab the RBAF volleyball championship trophy and eventually to select talented volleyball player to represent the RBAF in a inter-ministries and national volleyball tournament.



PENANJONG GARISON, Khamis 15 Mei 2014 –
Tentera Udara diraja Brunei telah memenangi Kejohanan Bola Tampar
Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berlangsung kelmarin
dengan keputusan kemenangan selesa tiga set. Perlawanan peringkat akhir
menyaksikan pertemuan antara pasukan Tentera Darat Diraja Brunei dengan
pasukan Tentera Udara Diraja Brunei.
Naib johan disandang oleh Tentera Darat Diraja Brunei dan tempat ketiga ialah Tentera Laut Diraja Brunei.
Yang
Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan
Awang Mohd Tawih bin Abdullah selaku tetamu kehormat telah berkesudian
menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan tersebut.
Kejohanan
akhir bola tampar peringkat ABDB itu diadakan di Dewan Gerak Badan,
Institut Latihan ABDB. Kejohanan ini dikendalikan oleh Institut Latihan
ABDB. Kejohanan ini telah bermula pada 12 dan 13 Mei 2014 yang disertai
sebanyak 5 pasukan terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Tentera
Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja
Brunei dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Objektif
kejohanan ini diadakan adalah sebagai salah satu kegiatan sukan tahunan
peringkat ABDB. Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk merebut
piala pusingan kejohanan bola tampar peringkat ABDB dan seterusnya
memilih pemain bola tampar yang berbakat bagi mewakili ABDB dalam
kejohanan bola tampar peringkat kementerian-kementerian dan kebangsaan.