RIMBA, Sunday, 6 November 2016 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted the RBAirF Obstacle Challenge today at the RBAirF Sports Complex in Rimba.
The challenge which was open to the public saw more than 3,000 participation. This challenge featured six categories across civilian and military personnel namely the Individual 10km Male Open, Individual 10km Female, Individual 10km RBAirF Male, Individual 10km RBAirF Female Open, 5km Fun Run and 3km Fun Run for Family and Children. With the exception of those registered in the 3km and 5km Fun Run categories, all the participants had to go through nine obstacle challenges.
The first obstacle was the “Terrain” where participants hiked on a steep slope followed by “Divert”, a series of road barriers. The participants then navigated through numerous sets of tyres in “Turbulence”. Their upper body strength were then tested in “Gravity” as participants swing across the monkey bars before they manoeuvred over trucks in “Target” followed by the “Vertigo” a spider web like strings obstructing the participants path. Then they had to lift sand bags in the “Rapier Lift” obstacle over a distance of 200 metre to reach the next obstacle, the “POL Pit” and crawled through mud to reach the final “Mystery Obstacle”.
Winning prizes were presented by the guest of honour, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Commander of RBAirF and his wife for the top 3 runners in the 10km competition both male and female categories.
PERLAWANAN OBSTACLE CHALLENGE TUDB
RIMBA, Ahad, 6 November 2016 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan perlawanan Obstacle Challenge pada hari ini di Kompleks Sukan TUDB.
Perlawanan yang terbuka untuk orang awam ini telah mencapai seramai lebih dari 3000 orang penyertaan. Acara ini mengandungi 6 kategori bagi peserta dari golongan orang awam dan juga tentera iaitu: Perseorangan 10km Terbuka Lelaki, Perseorangan 10km Terbuka Wanita, Perseorangan 10km Terbuka Lelaki bagi kakitangan TUDB, Perseorangan 10km Terbuka Wanita bagi kakitangan TUDB, Larian Riadah 5km dan Larian Riadah 3km bagi keluarga dan kanak-kanak. Kesemua peserta melalui sembilan halangan di sepanjang larian, kecuali bagi peserta kategori Larian Riadah 3km dan 5km.
Halangan pertama ialah “Terrain” dimana peserta menaiki bukit dan diikuti dengan halangan kedua, “Divert” yang terdiri daripada penghalang jalan. Seterusnya semua peserta melalui halangan “Turbulence” merupakan tayar-tayar. Kekuatan pegangan dan jasmani bahagian atas badan peserta telah diuji di halangan “Gravity” dimana mereka bergantung dan merentasi “monkey bars” sebelum bergerak ke trak-trak di halangan “Target” dan seterusnya halangan “Vertigo” yang merupakan seperti sarang labah-labah. Selepas itu peserta mengangkat sand bag sepanjang jarak 200 meter di halangan “Rapier Lift” menuju ke halangan seterusnya “POL Pit” dengan merangkak melalui lumpur sebelum ke halangan terakhir iaitu halangan “Misteri”.
Hadiah-hadiah pemenang telah di sampaikan oleh tetamu kehormat, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei bersama isteri beliau bagi tiga perlari yang terdahulu tiba dalam acara perlawanan 10km bagi kategori lelaki dan wanita.