SINGAPORE, Wednesday, 9 January 2019 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) made a three-day introductory visit to the Republic of Singapore Air Force (RSAF), Singapore from 8 to 10 January 2019.
During the visit, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah called on Dr. Ng Eng Hen, the Minister for Defence of Singapore, Lieutenant General Melvyn Ong, the Chief of Defence Force at the Ministry of Defence, and Major General Mervyn Tan, the Chief of Air Force at the Republic of Singapore Air Force base.
The two Chiefs reaffirmed the bilateral ties between both Air Forces and reiterated their mutual commitment to enhance areas of cooperation. The RBAirF and RSAF have forged longstanding cooperation and interact regularly through a wide scope of activities such as bilateral exercises, cross-attendance of courses, visits and professional exchanges. These interactions have fostered mutual understanding and enhanced interoperability, and also built strong rapport and relationship between both air forces.
The RSAF also awarded Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, with the RSAF Honorary Pilot Wing. The ceremony took place at the Ministry of Defence Singapore. The RSAF Honorary Pilot Wing was presented by the Chief of Air Force, RSAF.
This award was a recognition for his valuable efforts and outstanding services he has been contributing in strengthening the ties between the RSAF and RBAirF.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah also had the opportunity to tour the RSAF, Air Force Training Command (AFTC), where he received a briefing on AFTC’s role. He also had the opportunity to witness the scientific learning of RSAF Air Traffic Controller RSAF training and Computer Based Training system to provide a more rounded training and development for the 3rd Generation Airman.
The introductory visit by Commander of RBAirF underscores the continuous commitment to strengthen the longstanding relationship and cooperation between the RBAirF and RSAF.



KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TUDB KE TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA
SINGAPURA, Rabu, 9 Januari 2019 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan kunjungan pengenalan selama tiga hari ke Tentera Udara Republik Singapura (TURS) dari 8 hingga 10 Januari 2019.
Semasa lawatan beliau, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah membuat kunjungan hormat kepada Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura di Menteri Pertahanan, dan kepada Mejar Jeneral Mervyn Tan, Panglima TURS di Pangkalan TURS.
Kedua-dua Pemerintah Tentera Udara telah mengesahkan hubungan dua hala dan menekankan komitmen bersama untuk terus meningkatkan bidang kerjasama. TUDB dan TURS telah mempunyai hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin dan sering berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti eksesais dua hala, pertukaran kursus, lawatan dan pertukaran profesional. Interaksi ini telah memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan interoperabiliti, dan juga membina hubungan yang kuat di antara kedua-dua angkatan udara.
TURS berkenan untuk menganugerahkan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah dengan Lencana Juruterbang Kehormat TURS. Majlis tersebut berlangsung di Kementerian Pertahanan Singapura. Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TURS telah disempurnakan oleh Panglima TURS. Penganugerahan tersebut adalah sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TURS dan TUDB.
Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah juga berpeluang untuk melawat institut latihan TURS Air Force Training Command (AFTC). Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah diberi taklimat mengenai peranan AFTC dan berpeluang untuk menyaksikan pengkhususan latihan TURS Air Traffic Controller dan Sistem Latihan Berasaskan Komputer untuk menyediakan latihan dan pembangunan yang lebih lengkap bagi anggota udara Generasi ke-3.
Lawatan pengenalan oleh Pemerintah TUDB menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara TUDB dan TURS.