REPUBLIC OF SINGAPORE, Thursday 27 July 2017 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah was conferred Singapore’s prestigious military award, the Meritorious Service Medal (Military) by President Tony Tan Keng Yam.

The award was presented by the Minister for Defence, Dr Ng Eng Hen at an investiture ceremony held at Singapore’s Ministry of Defence today.

The award is in recognition of the Commander of RBAirF’s service and contributions in further enhancing the close relationship between the RBAirF and the Republic of Singapore Air Force (RSAF), as can be seen through the frequency of visits, military exercises, professional exchanges and cross-attendance of courses.

As part of the visit, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar also called on Dr Ng; Chief of Defence Force Lieutenant General Dato Paduka Seri Perry Lim; and Chief of Air Force Major General Mervyn Tan Wei Ming. He also inspected the Guard of Honour and made a visit to the RSAF’s 120 Squadron.

The Commander of RBAirF and delegation are in Singapore for an official visit from 26 to 28 July 2017.


PEMERINTAH TUDB DIKURNIAKAN PINGAT JASA GEMILANG (TENTERA) REPUBLIK SINGAPURA

REPUBLIK SINGAPURA, KHAMIS 27 Julai 2017 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah telah dikurniakan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.

Pengurniaan pingat itu telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan Republik Singapura Dr. Ng Eng Hen pada sebuah majlis yang diadakan di Kementerian Pertahanan Singapura.

Pingat yang dikurniakan kepada Pemerintah TUDB ini ialah untuk menghargai jasa beliau dalam menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang serta sumbangan kepada menjalinkan hubungan baik yang berterusan di antara TUDB dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dalam bentuk lawatan, latihan ketenteraan, pertukaran profesional, dan kehadiran kursus.

Semasa di Republik Singapura, Pemerintah TUDB juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dr. Ng; Panglima Angkatan Bersenjata Republik Singapura Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim dan Panglima RSAF Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming. Beliau juga telah memeriksa Barisan Kehormatan dan mengadakan lawatan ke RSAF 120 Squadron.

Pemerintah TUDB dan rombongan berada di Republik Singapura bagi lawatan rasmi dari 26 hingga 28 Julai 2017.