RIMBA AIR BASE, Friday, 11 May 2018 – The final match of the Women’s Volleyball Championship at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) level was held at the Rimba Base Sports Complex.
Present as the Guest of Honor to witness this Volleyball Tournament is Lieutenant Colonel Siti Isah binti Haji Abu Talip presenting prizes to winners, as well as the Round Cup for to the winning team.
A total of 5 teams participated in the Volleyball Championship this year, consisting representatives teams from the Ministry of Defence, Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Royal Brunei Armed Forces Training Institute (TI RBAF ).
TI RBAF emerged as champions in this years volleyball tournament, whilst MINDEF and RBN came in second and third place respectively.
This annual tournament aims to produce and discover new talents amongst the female personel of the RBAF, in order to identify and select personnel that has potential to be absorbed in the RBAF Team in representing the Volleyball tournament at the ministry level.



PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA TAMPAR ASKAR WANITA BAGI PERINGKAT ABDB
PANGKALAN RIMBA, Jumaat 11 Mei 2018 – Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Tampar Askar Wanita bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Dewan Gerak Badan Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip dan beliau berkesempatan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang serta Piala Pusingan bagi pasukan yang menjadi johan dalam Perlawanan Bola Tampar.
Sebanyak 5 pasukan menyertai di dalam kejohanan Bola Tampar kali ini iaitu Pasukan dari Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Juara bagi acara tersebut disandang oleh IL ABDB, manakala Kementerian Pertahanan menduduki tempat kedua, diikuti TLDB di tempat ketiga.
Dengan adanya kejohanan ini, ianya dapat memupuk dan mencungkil bakat-bakat anggota-anggota ABDB yang berkebolehan di dalam sukan ini untuk diserapkan di dalam Pasukan ABDB bagi kejohanan Bola Tampar di peringkat kementerian nanti.