RIMBA AIR BASE, Friday, 30 June 2017 – The women military personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) celebrated its 36th anniversary of the Royal Brunei Armed Forces Women’s Company by holding a mass Sunat Hajat Prayer followed by the recital of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Kesyukuran at Surau Al-Barakah, Rimba Air Base.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Staff Officer 1 of the Directorate of Personnel. Also present at the ceremony were female senior officers, officers and other ranks from all RBAF Units.

The ceremony began with a mass Sunat Hajat Prayer, followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by Lieutenant Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan and Doa Kesyukuran led by Lieutenant Noria Fatriah binti Haji Abdul Mutalif, from the Religious Department (JAMA’AT), RBAF.

The event also included a special talk entitled ‘Tanggungjawab Wanita Dalam Islam’ that was delivered by Ustazah Hajah Zunainah binti Haji Gunung, from Pusat Dakwah Islamiah.

The Women Military Company was officially established on 29 June 1981 with a strength of five members of the British women military and a civilian clerk. The women military role was initially to provide support to the RBAF by assisting in the duties of the male military personnel whom were stationed in field units when needed, but over the years, has now expanded to hold key positions within the military.


ASKAR WANITA ABDB MERAIKAN ULANG TAHUN KE-36

PANGKALAN UDARA RIMBA, Jumaat, 30 Jun 2017 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita yang ke-36 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Udara Rimba dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yaasin dan Tahlil, diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Wanita, Pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat dari semua unit ABDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Hajat berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Leftenan Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan manakala bacaan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Leftenan Noria Fatriah binti Haji Abdul Mutalif daripada Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JA’MAAT).

Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Tanggungjawab Wanita Dalam Islam’ yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Zunainah binti Haji Gunung daripada Pusat Dakwah Islamiah.

Kompeni Askar Wanita telah ditubuhkan secara rasmi pada 29 Jun 1981 yang lalu dengan seramai lima anggota Tentera Wanita British dan seorang kerani awam.  Pada awal penubuhan, tugas dan tanggungjawab askar wanita hanyalah menjadi tulang belakang kepada anggota tentera lelaki di dalam ABDB, namun dengan perubahan zaman ianya telah berkembang kepada memegang jawatan-jawatan penting di dalam ABDB.