BERAKAS GARISON, Friday, 30 April 2021 – In conjunction with the month of Ramadan, religious activities are often organised to reap the blessings of this holy month such as the daily recitation of the
Al-Quran and ending in a
Tadarus and a
Khatam Al-Quran Ceremony.

The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Wives Welfare Body (BAKTI) also took the opportunity to organize a
Tadarus and
Khatam Al-Quran Ceremony which was attended by one hundred of its members.

The ceremony held at the residence of the Commander RBAF, was led by the Spouse of the Commander RBAF, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina Binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd Aziz as the President of BAKTI.

The ceremony commenced with a mass recitation of
Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatifah, followed by
Takhtim, Doa Khatam and
Dikir Marhaban.

This annual activity aims to strengthen communal bonds among BAKTI members as well as to instill the spirit of reciting the
Al-Quran, especially during this glorified month of Ramadhan.



BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI ABDB (BAKTI) MENGADAKAN MAJLIS PENUTUP TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 April 2021 – Dalam meraih keberkatan di bulan Ramadhan ini, beberapa aktiviti keugamaan sering diadakan seperti memperbanyakkan bacaan Al-Quran secara tadarus dan seterusnya majlis Khatam Al-Quran. 

Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) juga tidak ketinggalan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini di mana seramai 100 orang ahli-ahli BAKTI telah mengadakan Majlis Tadarus beramai-ramai dan Khatam Al-Quran.

Majlis diadakan di Kediaman Rasmi Pemerintah ABDB dan dikepalai oleh isteri Pemerintah ABDB, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina Binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd Aziz selaku Yang Di-Pertua BAKTI.

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Takhtim sebelum disusuli dengan doa khatam serta dikir marhaban. 

Aktiviti tahunan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan ahli BAKTI di samping mengalakkan budaya membaca Al-Quran terutama sekali di dalam bulan yang mulia ini.