RIMBA AIR BASE, Friday, 15 March 2019 – The Special Force Regiment (SFR) water polo team emerged as champions after defeating the Royal Brunei Land Force (RBLF) with a 4 – 0 win at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Water Polo Championship finals held at Rimba Air Base Sports Complex this afternoon.
Royal Brunei Navy (RBN) came in third place by defeating Royal Brunei Airforce (RBAirF).
Meanwhile, the SFR Swimming team clinched the Swimming Championship finals, with a total of 7 gold, 2 silver and 1 bronze medals. The RBLF came in second place and the RBN came in third.
Prizes were presented by the guest of honour, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Acting Commander of the RBAF.
The RBAF Swimming and Water Polo Championship 2018/2019 began on 11 March 2019 and saw participation from six teams, namely the Ministry of Defence, RBLF, RBN, RBAirF, Training Institute RBAF (TI RBAF) and SFR.



KEJOHANAN AKHIR RENANG DAN POLO AIR PERINGKAT ABDB 2018/2019
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 15 Mac 2019 – Pasukan polo air Rejimen Pasukan Khas (RPK) muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan jaringan 4 -0 di Kejohanan Renang dan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2018/2019 di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba petang tadi.
Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mendapat tempat ketiga setelah menewaskan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Manakala di Kejohanan Renang, pasukan renang RPK meraih kejohanan dengan memperolehi sebanyak 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pasukan renang TDDB mendapat tempat kedua dan pasukan renang TLDB mendapat tempat ketiga.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah ABDB selaku tetamu kehormat.
Kejohanan Renang dan Polo Air ABDB 2018/2019 bermula pada 11 Mac 2019 dan disertai oleh enam pasukan terdiri dari Kementerian Pertahanan, TDDB, TLDB, TUDB, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan RPK.