BERAKAS, Saturday 25 March 2017 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Sports Council which comprises of 211 athletes and managers, are participating in the 3rd Brunei Darussalam Sports Games (SKBD) from 25th until 29th March 2017.
The opening ceremony of the 3rd SKBD was officiated by Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Deputy Minister (Corporate, PENGGERAK and Economy) of the Prime Minister’s Office at the Belapan Track and Field of Hassanal Bolkiah National Sports Complex. Also present at the opening ceremony were Acting Commander of RBAF, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud and Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Permanent Secretary of Ministry of Defence.
Twelve contingents comprising of some 1,400 local athletes are to compete in eight sports events namely Badminton, Netball, Futsal, Cycling, Boat Racing, Track and Field, Sepak Takraw and Tug of War. The RBAF Sports Council is participating in all of the eight events.
A flag hand-over ceremony by the Acting Commander of RBAF to the Chief-de-Mission of the RBAF Sports Council, Colonel Zahrin bin Haji Zunaidi took place on 22nd March 2017 at the Multipurpose Hall in Bolkiah Garrison.
SKBD is a sporting event organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports that aims to develop and enhance the level of the national sportsmanship and performances among the local athletes in Brunei Darussalam. It also promotes healthy competition and instil positive values among the competing athletes.




MAJLIS SUKAN ABDB SERTAI SUKAN KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM KE-3
BERAKAS, Sabtu 25 MAC 2017 – Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) yang diwakili oleh 211 orang atlet dan pengurus sedang menyertai Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) ke-3, 2017 yang telah bermula daripada 25 hingga 29 Mac 2017.
Majlis pembukaan rasmi SKBD ke-3 telah dirasmikan oleh Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri (Korporat, PENGGERAK dan Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Padang Belapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Turut hadir di majlis pembukaan ini ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud dan Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Sebanyak dua belas kontinjen yang terdiri dari kira-kira 1400 atlet turut bertanding didalam lapan acara sukan iaitu Bulu Tangkis, Bola Jaring, Futsal, Lumba Biskal, Lumba Perahu, Olahraga, Sepak Takraw dan Tarik Kalat. MS ABDB akan menyertai semua 8 acara ini.
Acara penyerahan bendera oleh Pemangku Pemerintah ABDB kepada Ketua Kontinjen MS ABDB, Kolonel Zahrin bin Haji Zunaidi telah berlangsung pada 22 Mac 2017 di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison.
SKBD adalah acara sukan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan dengan tujuan untuk membina serta memajukan tahap kesukanan dan prestasi ahli-ahli sukan di Negara Brunei Darussalam. Ia juga bertujuan membentuk golongan ahli sukan yang berwibawa, selain membina semangat persaingan yang sihat dan menanam sifat keamanan serta keharmonian dalam masyarakat sejagat.