BERAKAS GARRISON, Friday 9 Jun 2017 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today presented donations to 134 orphans in an event named the ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ held at the Berakas Garrison.

In spirit of the month of Ramadhan, the annual event was held to aid children of deceased RBAF personnel and to honour their contributions for their service to the RBAF. The donations were also hoped to supplement for the celebration of Hari Raya Aidilfitri.

The donations were presented by the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and his spouse, Pg Datin Nuur’Izzah Nabilah binte Pg Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

The donations were contributed by the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, RBAF Wives’ Welfare Association (BAKTI), RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) and individual donors.

The event began with the recital of Surah
Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Assistant Head of Religious Department RBAF (JAMA’AT), Major Ariffin bin Amit. Also present were Service Commanders, Commandants, senior officers and officers of the RBAF and families of the orphans.








ABDB MENGHULUR BANTUAN KEPADA 134 ANAK YATIM

BERAKAS GARISON, Jumaat, 9 Jun 2017 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini menghulurkan sumbangan derma kepada 134 anak yatim di Majlis ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ yang diadakan di Berakas Garison.

Majlis tahunan tersebut bertujuan untuk mengenang jasa bakti ibu-bapa anak-anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah semasa mereka berkhidmat di ABDB dan sekaligus untuk membantu anak-anak yatim tersebut untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan derma tersebut disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan isteri, Pg Datin Nuur’Izzah Nabilah binte Pg Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

Sumbanngan derma tersebut merupakan hasil kutipan dari Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Koperasi ABDB (KOWIRA), Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI) dan penderma-penderma individu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Mejar Ariffin bin Amit. Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-komandan Unit, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai ABDB serta penjaga dan keluarga anak-anak yatim.