PENANJONG GARRISON, Friday, 2 March 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam has consented to confer 354 members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consisting of 18 officers and 336 other ranks to be awarded for Military Long Service and Good Conduct Medal. The ceremony took place at the RBAF Training Institute Parade Square, Penanjong Garrison.
The award ceremony was officiated by Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF as the Guest of Honour. Present during the event were RBAF Services Commanders, Joint Force Commander, Commandants, Directors, RBAF senior officers and officers.
The medal is awarded to those military personnel in recognition of their commitment in serving the armed forces for 18 years with good conduct and discipline.
The award is also an encouragement to other members of the RBAF to continue the spirit of professionalism and excellence in the military.



ABDB MENERIMA PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA)
PENANJONG GARISON, Jumaat, 2 Mac 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi seramai 354 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri dari 18 pegawai dan 336 lain-lain peringkat dikurniakan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik Tentera (P.K.L & PB Tentera). Majlis berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.
Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama,Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.
Pengurniaan pingat ini merupakan pengiktirafan komitmen anggota tentera dalam berkhdimat ABDB selama 18 tahun dengan sifat dan disiplin yang baik.
Anugerah ini juga merupakan galakan kepada ahli-ahli anggota ABDB untuk meneruskan semangat profesionalisme dan kecemerlangan dalam perkhidmatan tentera.