BOLKIAH GARRISON, Monday 22 May 2017 – The ‘Kurma Kurnia Peribadi’ or personal gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were distributed today in a ceremony held at Surau Ad Difa’, Bolkiah Garrison.
The dates were presented by the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Also present were the Joint Force Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commandants, Military Directors, Senior Officers and Officers of the RBAF.
In a speech, the Commander of RBAF reminded those responsible to distribute the dates to their respective departments and units ahead of the month of Ramadhan.
The first day of Ramadhan will be determined by the sighting of the moon on 26 May 2017. In the run up towards the holy month, RBAF has organised some events to prepare its personnel which included a seminar aimed at raising awareness on the safe and effective ways to conduct physical training during Ramadhan on 1 May 2017.




PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA ABDB TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI
BOLKIAH GARISON, Isnin 22 Mei 2017 – Kurma Kurnia Peribadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi peringkat Bolkiah Garison telah diagihkan hari ini di majlis yang berlangsung di Surau Ad Difa’, Bolkiah Garison.
Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah Tentera, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai ABDB.
Dalam ucapannya, Pemerintah ABDB mengingatkan mereka yang diberikan amanah itu untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan mengagihkan kurnia peribadi kepada jabatan-jabatan dan unit-unit mereka sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.
Hari pertama bulan Ramadhan akan ditentukan dengan acara melihat anak bulan pada 26 Mei 2017. Sebagai persiapan bagi bulan Ramadhan, ABDB telah mengendalikan beberapa acara-acara untuk mempersediakan anggotanya termasuk seminar mengenai cara-cara yang selamat dan efektik dalam membuat latihan fizikal ketika bulan Ramadhan yang berlangsung pada 1 Mei 2017.