BOLKIAH GARRISON, Friday, 27 April 2018 – The ‘Kurma Kurnia Peribadi’ or dates bestowed as a personal gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, were distributed to the officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today in a ceremony held at Surau Ad Difa’, Bolkiah Garrison.
The dates were presented by the Commander of RBAF, Yang Mulia Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Also present were the Joint Force Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commandants, military directors, senior officers and officers of the RBAF.
The event commenced with the recitation of Al-Quran and Ratib Al-Attas, followed by the distribution of the “Kurma Kurnia Peribadi” by the Commander of RBAF to the representatives from military directorates and departments. The event was concluded with the recitation of Doa Selamat.


PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA ABDB TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 27 April 2018 – Kurma Kurnia Peribadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diagihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini di majlis yang berlangsung di Surau Ad Difa’, Bolkiah Garison.
Penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Komandan-komandan, pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran seterusnya bacaan Ratib Al-Attas. Majlis diteruskan dengan pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia oleh Pemerintah ABDB kepada wakil-wakil dari jabatanarah-jabatanarah dan jabatan-jabatan ketenteraan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.