RIMBA AIRFORCE BASE, Friday, 24 May 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) distributed donations to 124 orphans of departed RBAF personnel in a ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ charity event held this morning at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Every year during the month of Ramadhan, the RBAF organises welfare activities to remember those servicemen / servicewomen whom had departed. The charitable donations are hoped to ease financial burdens and bring Hari Raya joy to the orphans for the upcoming Hari Raya Aidilfitri.
The guests of honour to present the donations were the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud and his spouse, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim, President of RBAF Wives Welfare (BAKTI). The ceremony began with a mass recital of Surah Yaasin, Tahlil and prayer followed by the reading of the doa led by Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.
The donations came from proceeds raised by the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, BAKTI, RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) and individual donors.
Present at the ceremony were Services Commanders and Joint Force Commander RBAF, Deputy Service Commanders, Commandants, directors, RBAF officers and families of orphans.


MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN ABDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Mei 2019 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkesempatan mengerjakan amal kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma kepada 124 anak yatim terdiri daripada bekas anggota-anggota (ABDB) dalam Majlis ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ ABDB pada pagi ini di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Setiap tahun di bulan Ramadan, ABDB mengungkayahkan acara berkebajikan bertujuan untuk mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan derma itu diharapkan meringankan beban dalam membuat persiapan dan juga, memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan isteri beliau, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan bacaan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
Sumbangan derma adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, BAKTI, Koperasi ABDB (KOWIRA) dan penderma-penderma perseorangan.
Turut hadir di majlis ini ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera and Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai ABDB dan keluarga anak-anak yatim.