RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 April 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a
Sentuhan Kasih Ramadhan ceremony by donating to 143 orphans of dearly departed RBAF personnel at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base today.
Present at the ceremony presenting the donations were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF and his spouse, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.
Also present were Service Commanders and the Joint Force Commander RBAF with their spouses, as well as senior RBAF officers and families of the orphans.
The ceremony began with a mass recital of
Surah Yassin, Tahlil and followed by the recital of
Doa Arwah led by 1529 Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then proceeded with the presentation of the donations to the orphans.
Sentuhan Kasih Ramadhan is an annual event organised by the RBAF during the holy month of Ramadhan in remembrance of the services of RBAF personnel who have passed away. The donations, raised from proceeds by the RBAF Welfare Fund and BAKTI, bring joy and ease the burden of the orphans for the preparation of the upcoming month of Syawal.







MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN ABDB BAGI TAHUN 1444H/2023M
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 14 April 2023 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan dengan menghulurkan sumbangan derma kepada 143 orang anak yatim daripada anggota-anggota ABDB yang telah kembali ke rahmatullah bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.
Hadir di majlis tersebut bagi meyampaikan sumbangan tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan isteri, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.
Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB bersama isteri-isteri, pegawai-pegawai kanan ABDB serta keluarga dan penjaga anak-anak yatim.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang dikepalai oleh 1529 Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diakhiri dengan penyampaian derma sumbangan kepada para anak yatim.
Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah acara tahunan yang diungkayahkan oleh ABDB pada bulan Ramadhan bagi mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB and Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI) bagi mengongsikan kegembiraan dan meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan untuk bulan Syawal yang akan menjelang.