
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 29 April 2022 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) had an opportunity to carry out a Sentuhan Kasih Ramadhan ceremony by donating to 138 orphans from 73 families of dearly departed RBAF personnel in a ceremony held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base today.
Present at the ceremony to present the donations was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, and his spouse, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.
The ceremony began with a mass recital of Surah Yassin, Tahlil and followed with the recital of Doa Arwah led by 995 Captain Mohd Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then concluded with the presentation of the donations to the orphans.
Sentuhan Kasih Ramadhan is an annual event organised by the RBAF during the holy month of Ramadhan in remembrance of the services of all RBAF personnel who passed away. The donations, raised from proceeds by the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, BAKTI, RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) as well as individual donors, to bring joy and ease the burden of the orphans for the preparation of the upcoming month of Syawal.
Also present were Service Commanders and Joint Force Commander with their spouses, as well as military directors, Deputy Service Commanders, Deputy Joint Force Commander RBAF, Commandants, RBAF personnel and families of orphans.





MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN ABDB BAGI TAHUN 1443H/2022M
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 29 April 2022 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkesempatan melaksanakan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan dengan menghulurkan sumbangan derma kepada 138 orang anak yatim dari 73 keluarga terdiri daripada bekas anggota-anggota ABDB di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.
Hadir di majlis tersebut bagi meyampaikan sumbangan tersebut adalah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, dan isteri, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang dikepalai oleh 995 Kapten Mohd Ayza Azrine bin Ayahani daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diakhiri dengan penyampaian derma sumbangan kepada para anak yatim.
Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah acara tahunan yang diungkayahkan oleh ABDB pada bulan Ramadhan bagi mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Koperasi ABDB (KOWIRA), dan penderma-penderma perseorangan, bagi memberikan kegembiraan dan meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan bagi bulan Syawal.
Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB bersama isteri-isteri, serta pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, anggota-anggota ABDB serta keluarga anak-anak yatim.