SENGKURONG, Thursday 19 May 2016 –
A Career Day roadshow was held at the Sengkurong Community Hall today
in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces 55th anniversary.
The guest of honor for the event was Colonel Hafizul bin Awg Hassan, Acting Commander of the Combat Service Support.
The
concept of this year’s roadshow is ‘Try, Look and Feel’, which means to
try and look at the military equipment available and imagine how it
feels to be a soldier.
The
objective of the roadshow is to give exposure to the students on
careers that are available in the Royal Brunei Armed Forces; to inform
them about scholarships offered by the Ministry of Defence; to allow
students to have a ‘hands-on’ feel on the military equipment and gain
further knowledge about its utilisation; to use the concept of
‘pedagogy’, which provides students with life learned lesson such as
exposure to work culture, tradition and variety of career options.
The
career roadshow hopes to provide the students to make an informed
decision regarding fields of military career choice of their interest.
The roadshow began with and opening remarks from Roadshow Chairman,
Major Mohammad Azhan bin Hj Ahmad and followed with a briefing by
officers representing the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy,
Royal Brunei Air Force, Medical Service, and Recruit Office RBAF. The
briefing described each organizational unit, the uniqueness of the unit,
the challenges that need to be endured to be in the unit,
qualifications and courses required, as well as challenges and successes
of being a soldier. The students then visited the exhibitions prepared
by every RBAF units.
Schools
that were invited to the career roadshow were Sekolah Menengah Sayidina
Husin, Sengkurong, Sekolah Menengah Sayidina Hasan, Ban 5, Sekolah
Menengah Masin, Kg Masin, Sekolah Menengah Sayidina Umar, Kg Kasat dan
Sekolah Menengah Awang Semaun, Lumapas.







JERAYAWARA KERJAYA ABDB SEMPENA HUT ABDB YANG KE 55 TAHUN.
SENGKURONG, Khamis 19 Mei 2016 – Pada hari ini satu jerayawara kerjaya di adakan di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke 55 Tahun.
Tetamu Kehormat bagi acara tersebut adalah Kolonel Hafizul bin Awg Hassan, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat.
Konsep jerayawara pada tahun ini ini adalah ‘Try, Look and Feel’, iaitu mencuba dan melihat kelengkapan tentera yang ada dan membayangkan merasa bagaimana menjadi seorang tentera.
Objektif Jerayawara ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada penuntut sekolah mengenai kerjaya yang terdapat didalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; memberikan pendedahan mengenai biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan; menggalakkan penuntut mencuba peralatan dan kelengkapan tentera dan mempelajari penggunaannya dengan lebih dekat; menggunakan konsep ‘Pedagogi’ iaitu menyediakan penuntut dengan ilmu kehidupan (life learnt lesson) seperti pendedahan budaya kerja, tradisi dan pelbagai pilihan kerjaya.
Jerayawara kerjaya ini diharap akan dapat memberikan para penuntut membuat pilihan bermaklumat (informed decision) mengenai bidang kerjaya tentera yang diminati. Acara jerayawara tersebut dimulakan dengan pembuka kata dari pengerusi Jerayawara, Mejar Mohammad Azhan Bin Hj Ahmad dan diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai yang mewakili Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Khidmat Perubatan, dan Unit Pengambilan ABDB. Taklimat ini menerangkan mengenai organisasi unit masing-masing, apa yang menarik terhadap unit tersebut, cabaran yang perlu ditempuhi untuk berada di unit tersebut, kelulusan dan kursus diperlukan, serta cabaran dan kejayaan untuk menjadi seorang tentera. Penuntut-penuntut kemudiannya melawat pameran yang disediakan oleh setiap unit ABDB.
Sekolah yang di jemput untuk jerayawara kerjaya adalah Sekolah Menengah Sayidina Husin, Sengkurong, Sekolah Menengah Sayidina Hasan, Ban 5, Sekolah Menengah Masin, Kg Masin, Sekolah Menengah Sayidina Umar, Kg Kasat dan Sekolah Menengah Awang Semaun, Lumapas.