RBAF GOLF CLUB, Sunday, 2 December 2018 – This year’s Seri Dewa Overall Champion Trophy went to Warrant Officer Semuil bin Apoi as the overall winner. The categories contested were the Overall and Division Gross and Nett. This year marked the 17th Seri Dewa Trophy since it was first competed in 2002.

A total of 96 players participated in the two days’ event. The prizes were presented by Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud. 

The prize presentation ceremony also saw half of the tournament fees collected from the event to be handed over to the
Humanitarian Fund for Sulawesi Disaster. Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sport, received the donation on behalf that was presented by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander.

Amongst those participating in the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, Commander of RBAF, Services Commanders and special guests consisting of previous RBAF Commanders.





PIALA REBUTAN JUARA KEJOHANAN SERI DEWA 2018

KELAB GOLF ABDB, Ahad, 2 Disember 2018 – Piala Rebutan Juara Kejohanan Seri Dewa pada tahun ini telah dimenangi oleh Pegawai Waran 2 Semuil bin Apoi selaku pemenang keseluruhan. Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah kategori
Overall dan
Division Gross dan
Nett. Tahun ini merupakan tahun ke-17 Kejohanan Seri Dewa dianjurkan sejak ia pertama dipertandingkan pada tahun 2002.

Sebanyak 96 pemain mengambil bahagian di dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud. 

Kutipan derma yang dikumpul dari separuh daripada yuran bagi kejohanan turut diserahkan kepada Humanitarian Fund For Sulawesi Disaster. Derma tersebut disampaikan kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Antara yang telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan tentera dan tetamu-tetamu undangan yang terdiri daripada mantan Pemerintah ABDB.