BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 31 October 2018  – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department held a Family Forum today at Wira Seni Concert Hall, RBAF Band. Present as guest of honour was the Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Also present were the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, senior officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF. 

The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech from Major Ariffin bin Amit, Acting Head of RBAF Religious Department then a speech from the guest of honour.

In his speech, the guest of honour emphasised the important role of having good and well-functioning family institutions in order to build a strong society. He further emphasised the importance to strengthen one’s relationship with Allah Subhanahu Wa Ta’ala by maintaining one’s obligations to prayers which will prevent one from committing indecent and evil acts.

The ceremony continued with a forum titled ‘Hikmah Teguran Allah’, moderated by Ustaz Haji Awang Muhd Naqib bin Haji Awang of RBAF Religious Department. Three panel members were invited to discuss the topic, Dr. Awang Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, from Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Ustazah Hjh Zunainah binti Gunung from Department of Hajj Affairs, Ministry of Religious Affairs and Major Isewandy bin Murni, Chief Counseling Officer, RBAF Counseling Centre.

Display exhibitions and religious books for sale were also displayed at the event by the Family Advisory Services Division, the Shariah Affairs Department in the Ministry of Religious Affairs, the Islamic Da’wah Center and the State Mufti’s Office.

This forum is one of the RBAF Religious Department’s efforts to strengthen family bonds within the RBAF as families are the bedrock of support for the personnel. 


FORUM KELUARGA ABDB

BOLKIAH GARISON, Rabu, 31 Oktober 2018 – Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengadakan Forum Keluarga yang berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Pancaragam ABDB.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta anggota-anggota ABDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan kata-kata aluan dari Mejar Ariffin bin Amit, Pemangku Ketua Jabatan Agama ABDB dan setelah itu ucapan dari tetamu kehormat.

Di dalam ucapan beliau, tetamu kehormat antara lain menekankan tentang pentingnya peranan institusi keluarga yang baik dalam pembentukan sesebuah masyarakat cemerlang dan kuat. Beliau juga menekankan pentingnya menjaga hubungan dengan Allah Subhanahu Wata’ala dalam mencari keberkatan dan keharmonian rumahtangga, yang termasuk soal menjaga Ibadah Sembahyang kerana sembahyang mencegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.

Majlis diteruskan dengan forum yang bertajuk
“Hikmah Teguran Allah” yang dipengerusikan oleh Ustaz Haji Awang Muhd Naqib bin Haji Awang, Guru Ugama Jabatan Agama ABDB. Tiga orang ahli panel dijemput bagi membincangkan tajuk ini iaitu Dr. Awang Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Ustazah Hjh Zunainah binti Gunung, Ketua Bahagian Pengurusan dan Bimbingan Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Mejar Isewandy bin Murni, Ketua Pusat Kaunseling ABDB.

Pameran dan jualan buku juga diadakan dalam forum ini, yang mana disertai oleh Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pusat Dakwah Islamiyah dan Jabatan Mufti Kerajaan.

Forum ini merupakan salah satu usaha Jabatan Agama ABDB ke arah memperkukuhkan rumahtangga kerana keluarga adalah dasar sokongan bagi anggota ABDB.