MUARA, Thursday, 18 April 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cross Country Competition 2019/2020 was held at Naval Training Centre, Muara Naval Base. More than 200 officers and personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute (TI) RBAF, Ministry of Defence and Special Forces Regiment (SFR) participated in the competition.
Present as the guest of honour was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of Royal Brunei Navy. Also present were RBAF Service Commanders, RBAF Commandants, military directors and RBAF personnel.
Two main categories contested were Category by Age Groups and Team Category where all participants were tested on their physical and mental endurance by running through high grounds, roads and coastal areas around Bukit Tempayan Pisang. The guest of honour also participated in a group run alongside the RBAF Service Commanders, RBAF Commandants, military directors and RBAF personnel.
The overall champion for the team category was Royal Brunei Land Force (RBLF) while Ministry of Defence (MINDEF) were in second and Royal Brunei Navy (RBN) third places respectively.
The RBAF Cross Country Championship 2019/2020 is an annual sport event that aims to inculcate the spirit of sportsmanship among the RBAF units and to instil a healthy lifestyle for all RBAF personnel.





KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2019/2020
MUARA, Khamis, 18 April 2019 - Kejohanan Rentas Desa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019/2020 telah diadakan di Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei, Pangkalan Muara.
Lebih 200 anggota terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan (IL) ABDB, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah mengikuti kejohanan tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan- Komandan ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera dan warga ABDB.
Kejohanan Rentas Desa pada tahun ini mempertandingkan dua kategori utama iaitu kategori terbuka mengikut peringkat umur dan kategori berpasukan. Kejohananan ini akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental semua peserta mengharungi kawasan bukit-bukau, jalan raya dan pantai di kawasan Bukit Tempayan Pisang.
Pemerintah TLDB juga turut menyertai Acara Larian Bersama dengan Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan ABDB, pengarah-pengarah tentera dan warga ABDB.
Juara bagi Kategori berpasukan telah dimenangi oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), manakala Kementerian Pertahanan (MINDEF) tempat kedua dan ketiga telah disandang oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Kejohanan Rentas Desa ABDB adalah salah satu acara sukan tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan di antara unit-unit ABDB dan memupuk gaya hidup sihat kepada semua warga ABDB.