BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 27 May 2021 –
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
have graciously consented to visit the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) COVID-19 Task Force exhibition in conjunction with the Hari Raya ‘Aidilfitri Celebration held by Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) today at the International Convention Centre (ICC), Berakas.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahaman; as well as other members of the royal family.
Upon arrival at the Ministry of Defence booth, His Majesty and Her Majesty Duli Raja Isteri were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Minister of Defence II; Major General (Udara)
Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF; and Brigadier General Haji Abdul Razak Bin Abdul Kadir, Joint Force Commander.
The RBAF COVID-19 Task Force exhibition is part of YSHHB’s large exhibition that involves government ministries, frontline workers and volunteers – all of those who have been tackling the spread of the nation’s COVID-19 pandemic, jointly.
In particular, the RBAF Covid-19 Task Force exhibition featured the measures and efforts contributed by the RBAF in assisting the country and the Government of His Majesty in addressing and mitigating the spread of the COVID-19 outbreak in the Sultanate. The RBAF’s contributions include the operational management of the transportation of passengers from the Brunei International Airport to designated isolation centres, the provision of manpower medical-related assistance for COVID-19 screening tests, as well as any additional assistance required by other government agencies.
The exhibition also focused on the tasks handled by the Task Force Security, which comprised of personnel from the Royal Brunei Police Force and the RBAF. Among the tasks carried out include the implementation of patrols, roadblocks as well as observation posts in areas of operations.
Also on display were donations received by the RBAF on behalf of the government such as lab equipment from the Singapore Armed Forces, medical supplies from the Ministry of National Defense of the People’s Republic of China, and laboratory equipment from the Australian Government Department of Defence.






PASUKAN
COVID-19 TASK FORCE ABDB SERTAI PAMERAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA ‘AIDILFITRI
ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada hari ini telah berkenan berangkat bercemar duli ke Pameran
COVID-19 Task Force Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman beserta kerabat kerabat Diraja yang lain.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri beserta ahli kerabat diraja di pameran Kementerian Pertahanan dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; dan Brigadier Jeneral Haji Abdul Razak Bin Abdul Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama.
Pameran COVID-19 Task Force ABDB adalah sebahagian daripada pameran besar YSHHB yang mengetengahkan pameran-pameran yang terdiri daripada pihak-pihak yang terlibat dalam sama-sama menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini, terdiri daripada kementerian-kementerian Kerajaan, barisan hadapan dan para sukarelawan.
Antara lain, pameran COVID-19 Task Force ABDB mempamerkan usaha ABDB dalam membantu Negara Brunei Darussalam berserta Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani penularan Wabak COVID-19. Ini termasuk sumbangan berbentuk bantuan perkhidmatan kenderaan bagi pengangkutan penumpang-penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ke lokasi-lokasi pengasingan yang telah ditetapkan, bantuan tenaga kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan kemudahan ujian saringan COVID-19, serta apa jua bantuan kerja yang diperlukan dari agensi-agensi kerajaan lain.
Pameran berkenaan juga memfokuskan tugasan yang dikendalikan oleh Pasukan Khidmat Bantu Sekuriti (Task Force Security) yang menggabungkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan ABDB. Di antara penugasan yang dipaparkan termasuk pelaksanaan rondaan dan sekatan jalan, dan penyediaan pos pemerhati di kawasan operasi.
Turut dipamerkan ialah sumbangan-sumbangan yang telah diterima oleh ABDB bagi pihak kerajaan seperti peralatan makmal daripada Angkatan Bersenjata Republik Singapura, sumbangan bekalan perubatan daripada
Ministry of National Defense, Republik Rakyat China dan alat kelengkapan makmal daripada Department of Defence, Australia.