TEMBURONG, Monday, 9 December 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) completed a charity project under the “Projek Titian Amal” programme, which was to construct a new funeral room for Masjid Kampong Piasau-Piasau in Temburong District. The project was done to commemorate the 58th Anniversary of the RBAF.
The Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was present to hand over the certificate of project completion to the Acting Temburong District officer, Abdul Ghani bin Haji Othman.
The works carried out on Masjid Kg Piasau-Piasau involved the construction of a room for the purpose to perform cleansing and funeral rites prior to burial, including building a new door entrance, installation of new roofing, lights and tiles for the floor, and repainting works. With the newly-built funeral room, the local community will be able to perform cleansing and conduct funeral rites in improved and newer facilities.
The construction project which commenced on 7 October 2019 was led by the Combat Engineer Squadron, Support Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF).
Similar projects have been undertaken under the Projek Titian Amal in order to encourage a culture of giving, and to strengthen communities and the nation altogether.




ABDB SIAP MEMBINA BILIK MANDI JENAZAH BAGI MASJID KG PIASAU-PIASAU, TEMBURONG
TEMBURONG, Isnin, 9 Disember 2019 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyiapkan satu projek amal di bawah program Projek Titian Amal dengan pembinaan bilik mandi jenazah yang baru bagi Masjid Kampong Piasau-Piasau, Daerah Temburong. Projek ini telah diungkayahkan bagi memperingati Ulang Tahun ABDB yang ke-58.
Majlis penyerahan sijil penyiapan projek telah disempurnakan pagi ini dari Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud kepada Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Abdul Ghani bin Haji Othman.
Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di Masjid Kg Piasau-Piasau adalah pembinaan baru ruang bagi proses memandikan serta pengurusan jenazah, termasuk pintu baru bilik tersebut, pemasangan bumbung baru, lampu, dan lantai, serta kerja mengecat dinding. Dengan adanya bilik mandi jenazah yang baru dibangun ini, penduduk Kg Piasau-Piasau serta Kampong yang berdekatan akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan kemudahan yang lebih baik dan baru.
Projek pembinaan yang bermula pada 7 Oktober 2019 telah diketuai oleh Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Projek-projek yang serupa telah dilaksanakan di bawah Projek Titian Amal untuk memupuk budaya-beri-memberi, dan untuk mengukuhkan hubungan komuniti dan negara sama sekali.