BELAIT, Thursday 30 June 2016 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) completed a charity project to repair a surau in Kampong Melilas, Belait District.
The handing over of certificate of project completion was held this morning from the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah to the Acting Penghulu of Mukim Melilas, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Dewa Haji Mohd Ali Abdullah @ Itam.
The construction works carried out on the Kg Melilas surau under RBAF’s ‘Titian Amal’ project, included construction of a spacious area at the surau’s entrance, replacement new roofing, installation of lights, repainting of the surau and toilet. The repairs also included clearing and cleaning up the compound of the surau.
The construction project which commenced on 18 April 2016 was led by the Combat Engineer Squadron, Support Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF), while additional manpower requirement were provided by personnel from the RBLF.
The project was done to commemorate the RBAF 55th Anniversary. Different from previous years where RBAF provided assistance for individual homes, this year’s charity project focuses on community centres that require construction and refurbishment. With the newly refurbished surau, the local community is now able to perform congregational prayers and conduct religious activities.
This charitable effort is also one of the RBAF’s social responsibilities in exposing the skills of the military personnel to the public particularly in carpentry, construction and team work.


ABDB SIAP MEMBAIK PULIH SURAU DI KG MELILAS, BELAIT
BELAIT, Khamis 30 Jun 2016 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyiapkan satu projek amal dengan membaiki surau di Kampong Melilas, Daerah Belait.
Majlis penyerahan sijil penyiapan projek telah disempurnakan pagi ini dari Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah kepada Pemangku Penghulu Mukim Melilas Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Dewa Haji Mohd Ali Abdullah @ Itam.
Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di surau Kg Melilas di bawah projek Titian Amal ABDB ini termasuk pembinaan ruang yang luas di pintu masuk surau tersebut, penggantian bumbung baru, pemasangan lampu, mengecat surau dan tandas. Pembaikan juga termasuk membersihkan kawasan perkarangan surau.
Projek pembinaan yang bermula pada 18 April 2016 telah diketuai oleh Skuadron Jurutera Tempur Batalion Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), manakala keperluan tenaga kerja tambahan telah disediakan oleh anggota TDDB.
Projek ini telah diungkayahkan bagi memperingati Ulang Tahun ABDB ke-55. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana ABDB menyediakan bantuan untuk rumah individu, projek amal pada tahun ini memberi tumpuan kepada pusat komuniti yang memerlukan pembinaan dan membaik pulih. Dengan adanya surau yang baru diubahsuai ini, masyarakat tempatan kini dapat menunaikan solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan.
Usaha kebajikan ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial ABDB dalam mendedahkan kemahiran anggota tentera kepada orang ramai terutamanya dalam pertukangan, pembinaan dan kerja berpasukan.