REPUBLIC OF INDONESIA, Thursday, 24 May 2018 – Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) is now in Nangroe Aceh Darussalam, Republic of Indonesia from 23 to 25 May 2018, to distribute donations to the orphans and the community in the province in conjunction with the holy month of Ramadhan 1439H.
The donations included ‘Safawi’ dates and Al-Quran ‘Mushaf Al-Watsiqa Billah’ which were personally donated by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, as well as funds raised by Ministry of Defence and RBAF personnel.
This is a regular activity that the Royal Brunei Armed Forces undertake, in which Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Joint Force Commander visited Aceh last year.



PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN LAWATAN KE NANGROE
ACEH DARUSSALAM, REPUBLIK INDONESIA
REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 24 Mei 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan lawatan ke Nangroe Aceh Darussalam, Republik Indonesia dari 23 hingga 25 Mei 2018 untuk pembahagian bantuan derma kepada anak-anak yatim dan penduduk Aceh sempena Bulan Ramadhan 1439H.
Bantuan derma termasuk Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berupa Kurma ‘Safawi’ dan Al-Quran ‘Mushaf Al-Watsiqa Billah’ dan juga sumbangan derma daripada anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Lawatan ini adalah satu aktiviti yang kerap diadakan oleh ABDB, di mana Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersama telah melawat Aceh pada tahun lalu.