BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 11 April 2018 – Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received two separate courtesy calls today from Her Excellency Madam Yang Jian, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam, and His Excellency Brigadier General (Retired) Cho Htun Aung, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Union of Myanmar to Brunei Darussalam.

During the call with Her Excellency Madam Yang Jian, she officially congratulated Commander of RBAF on his recent promotion and appointment. Both sides commended the warm military relations between both countries, which has continued to deepen in various areas of cooperation.

Subsequent to the working call, the Commander of RBAF also received a farewell call by His Excellency Brigadier General (Retired) Cho Htun Aung. The Commander conveyed his appreciation for the Ambassador’s support and cooperation during his tenure. Both sides acknowledged that the military relationship between both countries have made significant progress, as can be seen through the exchange of high-level visits, as well as personnel courses and trainings in recent years. The Commander of RBAF hopes to further strengthen the bilateral defence relationship through collaborations in exercises and multilateral engagements in the near future. At the end of the call, the Commander wished His Excellency the very best for his future endeavours.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN BERASINGAN DARIPADA DUTA-DUTA BESAR REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN MYANMAR


BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 April 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima dua kunjungan hormat yang berasingan pada hari ini daripada Puan Yang Terutama Yang Jian, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, dan Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Cho Htun Aung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan hormat dengan Puan Yang Terutama Yang Jian, beliau mengucapkan tahniah secara rasmi kepada Pemerintah ABDB di atas kenaikan pangkat dan jawatan baru. Kedua belah pihak memuji hubungan ketenteraan yang rapat di antara kedua buah negara, yang mana telah meningkat melalui pelbagai kerjasama yang telah diadakan di antara kedua buah negara.

Seterusnya, Pemerintah ABDB juga menerima kunjungan perpisahan dari Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Cho Htun Aung. Pemerintah ABDB mengucapkan penghargaan di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan di sepanjang perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam.

Kedua belah pihak gembira hubungan yang semakin erat di antara kedua buah angkatan tentera yang terjalin melalui lawatan rasmi, kursus dan latihan. Pemerintah ABDB menyatakan harapan untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala melalui kolaborasi eksesais dan beberapa interaksi pelbagai hala pada masa akan datang. Pada akhir kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengucapkan selamat maju jaya di atas apa jua bidang yang akan beliau ceburi pada masa akan datang.