BOLKIAH GARRISON, Wednesday 26 February 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Senior Colonel Li Jianzhong, the newly appointed Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both countries expressed appreciation for the warm and friendly diplomatic relations between the two countries in various areas of cooperation. RBAF Commander also appreciated the opportunity to send RBAF personnel to undergo military courses and training in China, and RBAF is equally pleased to host Chinese military personnel attending courses in Brunei Darussalam. RBAF Commander then congratulated Senior Colonel Li Jianzhong on his appointment as the resident Defence Attaché to the country.

Senior Colonel Li Jianzhong was appointed as the Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam from 9 December 2019, replacing the former Defence Attache, Senior Colonel Wu Geng.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA DI BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu 26 Februari 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Senior Colonel Li Jianzhong, Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak melahirkan rasa penghargaan di atas hubungan diplomatik yang erat di antara kedua buah  negara dalam pelbagai bidang kerjasama. Pemerintah ABDB juga melahirkan rasa penghargaan di atas peluang-peluang bagi penghantaran anggota ABDB untuk mengikuti kursus dan latihan ketenteraan di China, selain itu ABDB juga mengalu-alukan anggota tentera China untuk mengikuti kursus yang dikendalikan di Negara Brunei Darussalam.

Pemerintah ABDB seterusnya mengucapkan tahniah kepada Senior Colonel Li Jianzhong di atas perlantikannya sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam.

Senior Colonel Li Jianzhong dilantik menjadi Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam bermula dari 9 Disember 2019 bagi menggantikan Atase Pertahanan sebelumnya, Senior Colonel Wu Geng.