BOLKIAH GARRISON, Tuesday 18 February 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Colonel Manabu Mizokami, the newly appointed Defence Attache of Japan to Malaysia accredited to Brunei Darussalam. 

Accompanying Colonel Manabu Mizokami during the call was Commander Naomi Igrashi, Deputy Defence Attache of Japan to Malaysia. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both countries acknowledged that the defence relations between Japan and Brunei remained cordial and continues to be fostered through bilateral and multilateral platforms. The maritime exercises with Japan were testimony of the friendly and warm relations between the armed forces. Commander of RBAF hoped for more interactions between both countries for the years to come and the possible avenues to enhance our cooperation, as reflected in the current efforts to have a defence MoU.

This was Colonel Manabu Mizokami’s first visit to Brunei Darussalam. He assumed his post as the Defence Attache of Japan to Malaysia accredited to Brunei Darussalam since June 2017. Meanwhile, Commander Naomi Igrashi was appointed as the Deputy Defence Attache of Japan to Malaysia in March 2019.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa 18 Februari 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Colonel Manabu Mizokami, Atase Pertahanan Republik Jepun ke Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam. 

Mengiringi Colonel Manabu Mizokami ialah Commander Naomi Igrashi, Timbalan Atase Pertahanan Jepun ke Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisik.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak mengambil maklum hubungan pertahanan yang rapat di antara kedua negara dan akan terus dipertingkatkan melalui aktiviti dua dan berbagai hala. Eksesais maritim yang dikendalikan adalah bukti hubungan rapat di antara kedua-dua Angkatan Tentera. 

Pemerintah ABDB juga berharap akan lebih banyak interaksi di masa akan datang dan peluang bagi meningkatkan kerjasama di antara kedua belah pihak sepertimana yang jelas dilihat dari usaha dalam memeterai perjanjian persefahaman pertahanan yang sedang giat dilaksanakan.

Ini adalah lawatan pertama Colonel Manabu Mizokami ke Negara Brunei Darussalam. Beliau telah memegang jawatan Atase Pertahanan Jepun di Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam sejak Jun 2017. Sementara itu, Commander Naomi Igrashi telah dilantik sebagai Timbalan Atase Pertahanan Jepun ke Malaysia pada bulan Mac 2019.