BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 10 November 2020 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Her Excellency Tiffany McDonald, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam today. 

Also in attendance were the Chief of Staff RBAF and Acting Director of Intelligence.

During the call, both sides expressed their confidence for the co-chairmanship of Expert Working Group on Military Medicine between Brunei Darussalam and Australia for the 2020/2023 cycle. The Commander RBAF then expressed his pleasure with the appointment of Australia’s first Defence Adviser to Brunei Darussalam before the end of this year and appreciated Australia’s offers and contribution of medical cabinets for the RBAF Laboratory.

Her Excellency Tiffany McDonald was appointed as the Australian High Commissioner to Brunei Darussalam since September 2020 replacing Her Excellency Nicola Rosenblum. 

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 10 November 2020 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Tiffany McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam
hari ini. 

Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak meluahkan keyakinan bagi Pengerusi Bersama
Expert Working Group on Military Medicine di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia bagi putaran 2020/2023. Pemerintah ABDB kemudiannya meluahkan rasa gembira di atas perlantikan Penasihat Pertahanan Australia yang pertama ke Negara Brunei Darussalam menjelang hujung tahun ini dan menghargai tawaran serta sumbangan kabinet perubatan dari pihak Australia kepada makmal ABDB.

Puan Yang Terutama Tiffany McDonald telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan September 2020 bagi menggantikan Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.