BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 June 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from His Excellency Ajaneesh Kumar, the High Commissioner of the Republic of India to Brunei Darussalam. Also in attendance was the Chief of Staff, RBAF.

During the call, the Commander of RBAF expressed pleasure to meet His Excellency Ajaneesh Kumar and both sides affirmed to continue to strengthen the professional relationship between both armed forces in general. The Commander of RBAF also hoped to work closely with His Excellency Ajaneesh Kumar during his tenure in Brunei Darussalam to explore more avenues of cooperation between the two armed forces in the future.

His Excellency Ajanaessh Kumar presented the Letter of Credence to His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam on the 15 January 2019.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 Jun 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB menyatakan kegembiraan untuk bertemu dengan Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar dan kedua belah pihak menekankan untuk terus mengukuhkan hubungan profesional di antara kedua buah angkatan tentera secara amnya. Pemerintah ABDB mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar semasa beliau bertugas di Negara Brunei Darussalam begi meneroka landasan kerjasama di antara kedua buah angkatan tentera pada masa akan datang.

Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar telah menyembahkan Surat Tauliah Perlantikan kepada Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Januari 2019.