BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 9 May 2018 – Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from His Excellency Meynardo LB. Montealegre, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam today.
During the call, the Commander of RBAF extended his utmost appreciation for the continuous support in high level defence interactions and military-to-military engagements between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines. He also assured His Excellency that the momentum of the friendship and cooperation between both countries will be maintained in the future. The Commander wished His Excellency best wishes for his future endeavors.
PEMERINTAH ABDB TENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK FILIPINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 9 Mei 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang berterusan melalui pelbagai interaksi di peringkat tinggi dan juga aktiviti-aktiviti ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina. Beliau juga memberikan keyakinan kepada Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre bahawa hubungan baik dan kerjasama ini di antara kedua buah negeri akan terus dilaksanakan pada masa akan datang. Pemerintah ABDB juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.