BOLKIAH GARISSON, Wednesday, 28 December 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from His Excellency Major General (Retired) Farhat Abbas Sani, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam this morning. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF.

RBAF Commander welcomed His Excellency Major General (Retired) Farhat Abbas Sani to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence during the courtesy call. The RBAF Commander congratulated His Excellency on his official appointment as the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam on 20th October 2022. RBAF Commander also expressed his sympathies and condolences towards the flooding disaster in Pakistan this year.  

During the courtesy call, the RBAF Commander expressed his appreciation on the established diplomatic relations between the two countries established since 9th February 1984. Two Memorandums of Understanding (MOU) were signed on 19 May 2004, which had served as a framework to foster closer defence relations and cooperation between the two countries, including military training, exercises, defence capabilities and exchange of visits between respective defence and military officials. The signing of the MOUs establishes the Joint Defence Working Committee (JDWC) between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan to further strengthen cooperation between both countries. 




PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 28 Disember 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada pagi tadi. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan. Pemerintah ABDB merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022. Pemeritah ABDB turut menzahirkan rasa simpati dan takziah atas bencana banjir yang melanda Pakistan pada tahun ini.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan di atas hubungan diplomatik diantara kedua-dua buah negara yang telah terjalin sejak 9 Februari 1984. Dua buah Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani pada 19 Mei 2004 yang mana menjadi rangka kerja dalam memupuk hubungan dan mengeratkan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua buah negara, termasuk latihan ketenteraan, eksesais ketenteraan, keupayaan pertahanan dan pertukaran lawatan antara Pegawai dan Anggota Pertahanan dan Tentera masing-masing. Dengan penandatanganan MOU tersebut, Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan telah meningkatkan kerjasama pertahanan melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB).