BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 25 January 2022 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Wing Commander Matthew Charles Xerri, Defence Adviser of Australia, to Brunei Darussalam today. Also in attendance were the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both sides expressed appreciation on the progress of the defence and military relations between Brunei Darussalam and Australia. The RBAF Commander also expressed his confidence in the co-chairmanship of the Expert Working Group on Military Medicine between Brunei Darussalam and Australia for the 2020/2023 cycle despite the ongoing COVID-19 pandemic. He further highlighted the active interaction between the Australian Defence Force (ADF) and RBAF and hopes their bilateral defence relations will continue to grow in the years ahead.

Wing Commander Matthew Charles Xerri was appointed as the Defence Adviser of Australia to Brunei Darussalam since 30 November 2021.
 
PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
BOLKIAH GARISON, Khamis, 25 Januari 2022 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Wing Commander Matthew Charles Xerri, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak merakamkan ucapan penghargaan terhadap perkembangan hubungan pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Pemerintah ABDB turut menzahirkan keyakinannya dalam sama-sama mempengerusikan bersama Expert Working Group on Military Medicine bagi tahun 2020/2023 bersama Australia walaupun dilanda wabak COVID-19 yang berterusan. Pemerintah ABDB kemudian menekankan interaksi aktif di antara Angkatan Pertahanan Australia dan ABDB serta berharap hubungan pertahanan dua hala di antara kedua belah pihak akan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang.

Wing Commander Matthew Charles Xerri telah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam sejak 30 November 2021.