BOLKIAH GARRISON, Thursday 27 February 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Vice Admiral Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah, Commander Eastern Fleet, Royal Malaysian Navy today. Also in attendance was Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, Commander RBAF welcomed Vice Admiral Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra for the Opening Ceremony of Exercise HORNBILL 27/19. During the call, both countries expressed satisfaction on the positive progress on bilateral defence relations between Brunei and Malaysia, especially in the navy, through activities such as exchange of visits, bilateral exercises and participation in conferences, training and courses. Commander RBAF hoped that this year’s Exercise HORNBILL will be fruitful and achieve a successful outcome.


Vice Admiral Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra is currently in Brunei Darussalam in conjunction with the Exercise HORNBILL 27/19 which will be held from 27 February 2020 until 4 March 2020.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ARMADA TIMUR, TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA



BOLKIAH GARISON, Khamis 27 Februari 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah, Panglima Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysiai. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bagi Upacara Pembukaan Eksesais HORNBILL 27/19. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak melahirkan rasa berpuas hati di atas perkembangan yang positif dalam hubungan pertahanan dua hala di antara Brunei Darussalam dan Malaysia, khususnya bagi Angkatan Tentera Laut melalui aktiviti-aktiviti seperti pertukaran lawatan, eksesais dua hala dan penyertaan dalam persidangan, latihan dan kursus. 

Pemerintah ABDB kemudiannya berharap agar Eksesais HORNBILL pada tahun ini akan membuahkan hasil dan pencapaian yang sangat baik.

Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra berada di Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Eksesais HORNBILL 27/19 yang diadakan bermula pada 27 Februari 2020 hingga 4 Mac 2020.