BOLKIAH GARRISON, Thursday, 13 October 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Brigadier General Abdullah bin Khaled S. Alyamini, Military Attaché of the Kingdom of Saudi Arabia in Malaysia to Brunei Darussalam. Also present were the Acting Chief of Staff RBAF and the Acting Director of Intelligence.

During the call, the RBAF Commander welcomed Brigadier General Abdullah bin Khaled S. Alyamini’s presence at the Ministry of Defence. He expressed his appreciation and gratitude towards the close defence and military relationship between Brunei Darussalam and the Kingdom of Saudi Arabia fostered through various bilateral and multilateral platforms, especially defence training and courses. Both sides also hoped to further enhance and strengthen their bilateral defence cooperation.

Brigadier General Abdullah has been the Military Attaché in Malaysia accredited to Brunei Darussalam since October 2018.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN KERAJAAN ARAB SAUDI YANG MENETAP DI MALAYSIA KE BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 13 Oktober 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Brigedier General Abdullah bin Khaled S. Alyamini, Atase Pertahanan Kerajaan Arab Saudi yang menetap di Malaysia ke Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kehadiran Brigedier Jeneral Abdullah bin Khaled S. Alyamini ke Kementerian Pertahanan. Beliau merakamkan penghargaan di atas perhubungan pertahanan dan ketenteraan dua-hala yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi dipupuk melalui interaksi dua-hala dan pelbagai hala terutamanya dari segi kursus dan latihan ketenteraan. Kedua-dua pihak turut berharap untuk memperluaskan dan memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua-hala.

Brigadier Jeneral Abdullah bin Khaled S.Alyamini menerima akreditasi sebagai Atase Pertahanan Kerajaan Arab Saudi yang menetap di Malaysia ke Brunei Darussalam dari Oktober 2018.