
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 30 May 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Colonel Seongkyun Lee, Defence Attache Republic of Korea to Brunei Darussalam. Also present were Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.
During the call, Commander RBAF welcomed and expressed his appreciation to Colonel Seongkyun Lee’s presence at the Ministry of Defence. Both sides expressed their gratitude towards the close bilateral relationship and cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Korea seen through various interactions such as exchange visits, attending meetings, conferences and seminars.

PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK KOREA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 30 Mei 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Seongkyun Lee, Atase Pertahanan Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB sangat mengalu-alukan dan merakamkan rasa penghargaan keatas kehadiran Kolonel Seongkyun Lee ke Kementerian Pertahanan. Kedua-dua belah pihak merakamkan ucapan penghargaan terhadap hubungan dua hala yang telah terjalin di antara Brunei Darussalam dan Republik Korea yang telah dikecapi dalam pelbagai bidang kerjasama seperti lawatan kerja, menghadiri mesyuarat, persidangan dan seminar.