BOLKIAH GARRISON, Thursday, 17 September 2020 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a call from His
Excellency Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Embassy of the Sultanate of Oman to Brunei Darussalam today. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.
During the call, His Excellency Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari conveyed his congratulations to the Commander of RBAF. Both countries also reaffirmed that cooperation in various fields have grown, since the establishment of diplomatic relation in 1984. On military cooperation, both sides commended the growing military-to-military relations between Brunei Darussalam and this is evident with the exchange of military students in the Command and Staff Course (CSC). Both sides also expressed hope that military relations will continue to strengthen in the future.
His
Excellency Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari has been playing a significant role in strengthening bilateral relations between the two countries since his appointment on 25 February 2014.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA KEDUTAAN KESULTANAN OMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 17 September 2020 – Mejar Jeneral
(U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan daripada Tuan Yang Terutama
Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kedutaan Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama
Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Pemerintah ABDB. Kedua belah pihak juga turut mengesahkan kerjasama dalam pelbagai bidang telah meningkat semenjak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1984.
Kerjasama dibidang ketenteraan, kedua belah pihak juga mengambil maklum hubungan yang semakin meningkat. Ini dapat dilihat melalui pertukaran pelajar dari kalangan pegawai tentera dalam
Command and Staff Course. Kedua belah pihak kemudiannya melahirkan harapan agar hubungan ketenteraan ini akan semakin mengukuh di masa akan datang.
Tuan Yang Terutama
Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari telah memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan hubungan dua hala kedua buah negara semenjak perlantikannya pada 25 Februari 2014.