BOLKIAH GARRISON, Monday, 21 October 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Her Excellency Jeanette Adele Stovel, High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam today.
Also in attendance was Colonel Andrew Cleveland, the Defence Adviser of Canada to the Republic of Indonesia who is accredited to Brunei Darussalam.
During the call, RBAF Commander officially congratulated Her Excellency Jeanette Adele Stovel on her appointment as the new High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam and expressed pleasure towards the cordial bilateral relationship between Brunei Darussalam and Canada. Both sides discussed ways to foster better understanding and promote bilateral relations especially between the RBAF and the Canadian Armed Forces. Commander RBAF also encouraged more military-to-military cooperation between both armed forces in the future.
Her Excellency Jeanette Adele Stovel presented her letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 September 2019.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 21 Oktober 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Jeanette Adele Stovel, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir semasa kunjungan hormat ialah Kolonel Andrew Cleveland, Penasihat Pertahanan Kanada ke Republik Indonesia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah secara rasmi kepada Puan Yang Terutama Jeanette Adele Stovel di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menyatakan kegembiraan di atas hubungan dua hala yang rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada. Kedua belah pihak membincangkan mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan kesefahaman dan hubungan dua hala khasnya di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Kanada. Pemerintah ABDB juga mengalu-alukan kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua angkatan tentera pada masa yang akan datang.
Puan Yang Terutama Jeanette Adele Stovel telah menyampaikan surat watikah perlantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.