BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 08 December 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a virtual introductory call from General Vong Pisen, Commander-in-Chief of the Royal Cambodian Armed Forces (RCAF), as the next Chairman of the 19th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM). Also present were the RBAF Chief of Staff and Director of Intelligence.
During the call, the Commander RBAF conveyed his utmost appreciation for Cambodia’s contributions and support throughout Brunei’s Chairmanship, especially during the 18th ACDFM and the ASEAN Military Exercise (AMX) initiative brought forward by Brunei Darussalam. Both sides then acknowledged the military-to-military relationship between the RBAF and RCAF and discussed avenues for further cooperation between both armed forces while building towards a resilient and future-ready ASEAN. Both commanders also shared their respective armed forces’ experiences and involvement in combating COVID-19.
This virtual call was part of General Vong Pisen’s personal invitation for the 19th ACDFM, which will be held physically in March 2022, Phnom Penh. The Commander RBAF then congratulated General Vong Pisen as the next Chairman of ACDFM and affirmed that Brunei Darussalam would continue to support Cambodia’s proposed initiatives and expressed confidence for its progress and future success.

PEMERINTAH ABDB MENERIMA PERJUMPAAN ATAS TALIAN DARI PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA KEMBOJA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 08 Disember 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima perjumpaan pengenalan secara atas talian dari Jeneral Vong Pisen, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja (ABDK) selaku Pengerusi Mesyuarat 19th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM). Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB meluahkan penghargaannya atas sumbangan dan sokongan pihak Kemboja di sepanjang Negara Brunei Darussalam mempengerusikan mesyuarat ASEAN khususnya semasa Mesyuarat 18th ACDFM dan inisiatif ASEAN Military Exercise (AMX) yang dibawakan oleh Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak kemudian mengakui hubungan ketenteraan di antara ABDB dan ABDK serta membincangkan peluang untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua buah angkatan tentera, di samping mengembang luaskannya ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan. Kedua-dua Pemerintah juga mengungsikan pengalaman dan penglibatan angkatan tentera masing-masing dalam menangani COVID-19.
Perjumpaan atas talian ini adalah sebahagian daripada jemputan peribadi Jeneral Vong Pisen ke Mesyuarat 19th ACDFM yang akan diadakan secara fizikal pada bulan Mac 2022 di Phnom Penh. Pemerintah ABDB kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Jeneral Vong Pisen selaku Pengerusi baru bagi Mesyuarat ACDFM dan mengesahkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus memberikan sokongan kepada cadangan inisiatif Kerajaan Kemboja dan yakin akan perkembangan serta kejayaannya di masa akan datang.