BOLKIAH GARRISON, Monday, 28 August 2017 – The Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah received a courtesy call from Colonel (GS) Joachim Sproll, the outgoing Defence Attaché of Germany, along with Colonel (GS) Andre’ Enrich Boesing, the incoming Defence Attaché of Germany to the Republic of Indonesia, accredited to Brunei Darussalam this afternoon.

During the call, Commander RBAF welcomed Colonel (GS) Andre’ Enrich Boesing to Brunei Darussalam and congratulated him for his new appointment as the Defence Attaché of Germany to the Republic of Indonesia, accredited to Brunei Darussalam. He also thanked Colonel (GS) Joachim Sproll for his service during his tenure, and wished him the very best of luck for his next posting. The courtesy call provided the opportunity to reaffirm the warm state of relations and cooperation between both militaries.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN JERMAN

BOLKIAH GARRISON, Isnin, 28 Ogos 2017 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat dari Kolonel (GS) Joachim Sproll, Atase Pertahanan Jerman, bersama dengan Kolonel (GS) Andre’ Enrich Boesing, pengganti Atase Pertahanan Jerman ke Republik Indonesia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam petang ini.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Kolonel (GS) Andre’ Enrich Boesing ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Atase Pertahanan Jerman ke Republik Indonesia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kolonel (GS) Joachim Sproll atas perkhidmatan beliau, dan seterusnya mengucapkan tahniah bagi pelantikan beliau yang akan datang. Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang bagi mengukuhkan hubungan baik dan kerjasama antara kedua angkatan tentera.