BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 October 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received two introductory calls from Colonel Kyungchan Roh, Defence Attaché of South Korea to Malaysia accredited to Brunei Darussalam and Colonel Abdullah Khaled S. Alyamini, Defence Attaché of Saudi Arabia to Malaysia accredited to Brunei Darussalam today.

In general, Commander of RBAF showed interest to strengthen and warm up bilateral defence relationship with respective armed forces. Commander of RBAF also wished the Defence Attachés well for their tenure in Brunei Darussalam and hopes for more avenues of cooperation with the two countries in the future.

The Royal Brunei Armed Forces have interacted regularly with both armed forces through professional exchanges, goodwill visits and military courses. These types of interactions have strengthened the professional defence cooperation and mutual understanding between Brunei Darussalam and both countries.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN KOREA SELATAN DAN ARAB SAUDI

BOLKIAH GARISON, Khamis, 10 Oktober 2019 – Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima dua kunjungan pengenalan daripada Kolonel Kyungchan Roh, Atase Pertahanan Korea Selatan ke Malaysia yang diakreaditasikan ke Negara Brunei Darussalam dan Kolonel Abdullah Khaled S. Alyamini, Atase Pertahanan Saudi Arabia ke Malaysia yang diakreaditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Secara amnya, Pemerintah ABDB sukacita ingin mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala bersama kedua angkatan tentera. Pemerintah ABDB juga mengucapkan selamat bertugas kepada kedua Atase Pertahanan dan mengalu-alukan peluang kerjasama bersama kedua buah negara pada masa akan datang.

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan interaksi yang kerap bersama angkatan-angkatan tentera daripada kedua buah negara melalui pertukaran profesional, lawatan muhibbah dan kursus tentera. Interaksi seumpama ini telah mengukuhkan jalinan kerjasama pertahanan yang profesional dan persefahaman di antara Negara Brunei Darussalam dan kedua buah negara.