
BOLKIAH GARRISON, Monday, 13 March 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from His Excellency General Dudung Abdurachman, Chief of Staff of the Indonesian Army.
Accompanying His Excellency Chief of Staff of the Indonesian Army was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.
During the call, Commander RBAF welcomed His Excellency General Dudung Abdurachman and the delegation to Negara Brunei Darussalam. Both sides commended the longstanding close relationship between the RBAF and the Indonesian National Defence Forces, which had progressed through formal visits, meetings, exercises and courses.
His Excellency General Dudung Abdurachman and his delegation are currently on an official working visit to Negara Brunei Darussalam from 12 until 15 March 2023.


PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEPALA STAF ANGKATAN DARAT TENTARA NASIONAL INDONESIA
BOLKIAH GARISON, Isnin, 13 Mac 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman, Kepala Staf Angkatan Darat Tentara Nasional Indonesia (TNI-AD).
Mengiringi Yang Terhormat Kepala Staf Angkatan Darat Tentara Nasional Indonesia ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal Bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua belah pihak berbesar hati akan jalinan hubungan dua-hala yang rapat dan terjalin lama di antara ABDB dan Tentara Nasional Indonesia, yang telah berkembang melalui pertukaran lawatan rasmi, mesyuarat, eksesais dan latihan.
Yang Terhormat Jenderal TNI Dudung Abdurachman dan rombongan sedang membuat lawatan kerja rasmi ke Brunei Darussalam bermula pada 12 hingga 15 Mac 2023.