BOLKIAH GARRISON, FRIDAY, 11 May 2018 – Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Commander Lee Chang Hun, the Defence Attaché of the Republic of Korea accredited to Brunei Darussalam who is based in Kuala Lumpur, this morning.

During the call, Commander Lee Chang Hun congratulated the Commander of RBAF for his recent promotion and appointment. The Commander of RBAF expressed his appreciation for the support and cooperation extended by the Republic of Korea Armed Forces to the RBAF. Both sides agreed to explore the potential areas of cooperation to enhance the bilateral relations between the two armed forces.

Commander Lee Chang Hun also paid a call to the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Brunei Darussalam and the Republic of Korea interact regularly through professional exchanges, visits, as well as goodwill ship visits. Both defence establishments also interact in multilateral forum such as ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus and the Seoul Defence Dialogue.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHANAN REPUBLIK KOREA YANG DIAKREDITASIKAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Jumaat 11 Mei 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Komander Lee Chang Hun, Atase Pertahanan Republik Korea diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam yang menetap di Kuala Lumpur, Malaysia, pada pagi ini.

Semasa kunjungan hormat, Komander Lee Chang Hun mengucapkan tahniah kepada Pemerintah ABDB di atas kenaikan pangkat dan jawatan beliau yang baru. Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan di atas sokongan yang berterusan dan kerjasama yang dipanjangkan oleh Angkatan Tentera Republik Korea kepada ABDB. Kedua belah pihak mengalu-alukan apa jua peluang kerjasama pertahanan dua hala yang dapat diceburi dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua angkatan tentera.

Komander Lee Chang Hun juga membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea berinteraksi secara kerap melalui pertukaran profesional, lawatan dan lawatan kapal muhibbah. Kedua-dua buah institusi pertahanan juga berinteraksi dalam forum-forum pelbagai hala termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Negara Plus (ADMM-Plus) dan Seoul Defence Dialogue.