DHAKA, BANGLADESH, Friday, 30 October 2015 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and delegation made an official visit to Dhaka, Bangladesh from 27 to 30 October 2015.
The visit aims to further strengthen the professional bilateral ties and defence cooperation between the two armed forces, and countries in general.
Commander RBAF had a courtesy call with the Honourable President of the People’s Republic of Bangladesh, His Excellency Mr Md. Abdul Hamid at Bangabhaban, the Office of the President of Bangladesh. RBAF Commander commended the President for the activities of the Bangladesh Armed Forces. The President is pleased that Brunei Darussalam and Bangladesh enjoy excellent bilateral relations and encourages more training exchange programmes between military personnel.
As part of his four-day visit, RBAF Commander laid a wreath to pay homage to the Armed Forces Martyrs at ‘Shikha Anirban’ (Eternal Flame) at the Dhaka Cantonment. Upon arrival at Senakunja, RBAF Commander inspected the ceremonial Guard of Honour and received a sapling plantation.
During his visit, RBAF Commander also had the privilege to meet and have separate courtesy calls with the Bangladesh Chief of Army Staff, General Abu Belal Muhammad Shaful Huq at the army headquarters, Bangladesh Chief of Naval Staff, Vice Admiral Muhammad Farid Habib at the naval headquarters, NBP, the Bangladesh Chief of Air Staff, Air Marshal Abu Esrar at the air force headquarters, and the Principal Staff Officer of the Bangladesh Armed Forces Division, Lieutenant General Md Mainul Islam at the Armed Forces Division headquarters.
Continuing his visit, RBAF Commander and his five-team delegation also made separate visits to the National Defence College (NDC), the Defence Services Command and Staff College (DSCSC), and the Bangladesh Military Academy. RBAF Commander praised the military institutions for their international standard training courses and discussed on matters of mutual interests, specifically on training between the Bangladesh Armed Forces and the RBAF.
During his trip, RBAF Commander also attended a welcoming dinner hosted by General Abu Belal, the Chief of Army Staff, Bangladesh Army.




LAWATAN RASMI PEMERINTAH ABDB KE REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH
DHAKA, BANGLADESH, Friday, 30 Oktober 2015 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan rombongan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Dhaka, Bangladesh dari 27 hingga 30 October 2015.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala yang professional dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera, dan negara amnya.
Pemerintah ABDB telah mengadakan kunjungan hormat dengan Yang Berhormat Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid di Bangabhaban, di Pejabat Presiden Bangladesh. Pemerintah ABDB memberikan pujian keatas Presiden berkenaan aktiviti-aktiviti Angkatan Tentera Bangladesh. Presiden Bangladesh turut bergembira kerana Negara Brunei Darussalam dan Bangladesh mempunyai hubungan dua hala yang sangat baik dan menggalakkan untuk meningkatkan program pertukaran latihan di antara anggota-anggota tentera.
Dalam rangka lawatan kerja selama empat hari itu, Pemerintah ABDB juga berkesudian bagi upacara meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan kepada Angkatan Tentera anggota-anggota yang mati syahid di tugu ‘Shikha Anirban’ di Dhaka Cantonment. Sejurus tiba di Senakunja, Pemerintah ABDB telah menerima upacara Kawalan Kehormatan serta berkesudian menanam anak pokok.
Pemerintah ABDB juga mengadakan perjumpaan dan kunjungan hormat berasingan dengan Ketua Turus Tentera Darat Bangladesh, Jeneral Abu Belal Muhammad Shaful Huq di markas tentera darat, Ketua Turus Tentera Laut Bangladesh, Laksamana Madya Muhammad Farid Habib di markas tentera laut, NBP, Ketua Turus Tentera Udara Bangladesh, Marsyal Udara Abu Esrar di markas tentera udara, dan Ketua Pegawai Turus Cewangan Angkatan Tentera Bangladesh, Leftenan Jeneral Md Mainul Islam di markas Cewangan Angkatan Tentera.
Semasa lawatan beliau ini, Pemerintah ABDB bersama lima orang rombongan turut membuat lawatan ke Maktab Pertahanan Kebangsaan (NDC), Maktab Turus dan Perintah Perkhidmatan Pertahanan (DSCSC) serta Akademi Tentera Bangladesh. Pemerintah ABDB telah memuji institusi-institusi tentera ini kerana tahap kursus latihan mereka yang bertaraf antarabangsa serta mengadakan perbincangan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama khususnya mengenai latihan di antara Angkatan Tentera Bangladesh dan ABDB.
Semasa lawatan ini, Pemerintah ABDB juga menghadiri majlis jamuan makan malam rasmi yang dihoskan oleh Jeneral Abu Belal Muhammad Shaful Huq, Ketua Turus Tentera Darat Bangladesh.